Nasi Minyak
"bila nak makan nasi minyak?"
Nasi minyak dah sinonim dengan majlis perkhawinan. Setiap kali majlis perkhawinan di Johor, pasti hidangan atau juadah utamanya ialah nasi minyak.
Akhir-akhir ini sahaja ramai yang lebih suka membuat nasi beriani kerana di katakan lebih enak kerana ianya berempah dan di makan dengan lauk beriani.
Nasi minyak cara membuatnya lebih ringkas dan mudah daripada nasi beriani yang lebih rumit. Rasanya juga sedap dan dan enak.
Kebiasannya ia di lawankan dengan lauk kurma daging, ayam masak merah atau daging masak hitam.
Hari ini ita akan kongsikan kaedah cara memasak nasi minyak yang mudah dan ringkas. Yang penting rasanya sedap dan enak , nasi dengan butir yang lembut, berderai dan beras yang kuning keemasan..
Jom kita ke dapaur ita tunjukkan kaedahnya..
Mula-mula kita lihat dahulu bahan-bahan yang kita perlukan
NASI MINYAK
3 cawan beras basmathi
3 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan kismis
2 helai daun pandan, siat 2 dan simpul
1 batang serai di titik
1 inc halia di hiris kasar
4 ulas bawang merah di hiris
2 ulas bawang putih di hiris
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak jagung
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh maggi secukup rasa
Pewarna kuning telur
Rempah tumis
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkit
3 biji pelaga
Ita menggunakan beras Pusa Gold dari Jasmin, beras basmathi ekstra panjang. Ita suka beras jasmin kerana rasanya sedap dan lembut. Anda boleh juga guna beras basmathi keluaran Faeza
Beras kita cuci dan rendam dahulu selama 20 minit.
Kemudia beras di tapis dan di toskan
Sekarang kita boleh mula sediakan bahan-bahan untuk memasak nasi
Hiris dahulu bawang putih dan bawang merah
Hiriskan juga halia kasar-kasar. Ita suka hiris halia kasar supaya mudah ita nak asingkan bila nasi dah masak nanti.
Titik dahulu seai dan simpulkan daun pandan
Seperti biasa ita akan memasak menggunakan periuk nasi, kalau masak dengan jumlah tak banyak dalam periuk nasi ni dah ok! lagi pun ianya mudah dan ringkas
Jom kita mula memasak!
Dah siap pun nasi kita...
ya Allah.... sedapnya bau dia...
Nampak tak butiran berasnya ya Allah... cantik berkilau keemasan..... tak sabar nak makan...
eh nanti dulu.. kita siapkan pula bahan untuk lauk yang akan di gandingkan bersama..
kali ini ita sediakan lauk daging masak hitam..
Nak tau resepi kenalah tungguuuu.... ^_^